Thursday, 1 December 2016

Pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari di Malaysia

Pengenalan Migrasi ke Malaysia dalam empat dekad kebelakangan ini merangkumi berbagai-bagai kategori warga asing. Aliran masuk yang dapat dikesan dengan jelas adalah pendatang ekonomi, pelancong, pencari suaka politik, pelajar asing dan peserta program kependudukan yang dipanggil “Malaysia my second home program” (atau dengan nama singkatnya MM2H program) (http://www.mm2h.com/).

 Lazimnya pelancong dan peserta program MM2H datang secara sah manakala kumpulan-kumpulan lain seperti diatas kerap datang secara tidak sah atau secara haram.Golongan pencari suaka politik dan orang pelarian biasanya datang dengan membolosi sempadan darat Malaysia-Thailand atau merentas sempadan laut antara Malaysia dengan Thailand, Indonesia dan Filipina.Sehubungan itu, Isu pelarian Rohingya ini bukannya satu isu baru ianya telah bermula sejak dahulu lagi. Malaysia mula menerima kehadiran awal pelarian Rohingya ini sejak tahun 1970an yang kini kebanyakannya menetap di Negeri Selangor seperti Ampang, Gombak dan Hulu Langat. Pada Mei 2015, negara Malaysia telah dikejutkan dengan berita kehadiran pelarian etnik Rohingya dari Myanmar secara beramai-ramai di Langkawi.Belum sempat isu pelarian ditangani, negara digemparkan pula dengan penemuan 139 buah kubur-kubur besar dan kecil di Wang Kelian, Perlis.

Dianggarkan terdapat lebih dari seribu mayat berada di bawah tanah yang ditanda dengan batu dan kayu. Turut ditemukan di lokasi tersebut kira-kira 100 meter dari sempadan negara Thailand adalah penempatan warga asing berpagar kawat duri yang di dalamnya terdiri daripada 28 buah bangsal dan khemah pelbagai saiz. lokasi penempatan itu telah beroperasi sejak tahun 2013 dan kali terakhir ditinggalkan kira-kira dua minggu sebelum penemuannya berdasarkan penemuan peralatan memasak dan makanan yang masih baharu. Lebih menyedihkan, turut dijumpai ialah mayat seorang mangsa pemerdagangan yang dibiarkan sahaja mereput di atas tanah (Utusan Malaysia Online, 26 Mei 2015). Penghijrahan pelarian dan mangsa pemerdagangan ini mempunyai kaitan langsung dengan masalah dalam negara iaitu pergolakan antara agama Buddha dan Islam di wilayah Arakan, Myanmar.Arakan yang sebelum ini dikenali sebagai Rohang dan kini dikenali sebagai Rakhine terletak di bahagian utarabarat Burma bersempadan dengan Teluk Bengal dan Negara Bangaladesh. Mereka berketurunan Arab, Moors, Pathan, Moghul, Bengali dan Indo-Mongoloid.Penempatan awal Islam di Arakan dicatatkan telah bermula pada abad ke-7.

Burma adalah tempat tinggal berbagai-bagai kumpulan etnik dan kira-kira 60% daripada kawasan yang didiami oleh hampir 140 kaum etnik dan Rohingya adalah salah satu kumpulan etnik daripada mereka. Myanmar mempunyai penduduk kira-kira 50 juta penduduk yang mana hampir 8 juta adalah orang Islam.Terdapat kira-kira 3.5 juta penduduk Islam yang tinggal di tempat-tempat perlindungan dan rumah masing-masing di Arakan yang majoritinya masyarakat Rohingya (Nurul, 2006). Oleh kerana berlakunya penganiayaan besar-besaran melalui dasar pembersihan etnik dan tindakan pembunuhan terhadap mereka, terdapat kira-kira 1.5 juta Rohingya terpaksa meninggalkan negara sendiri dan rumah mereka sejak kemerdekaan Burma pada tahun 1948.

Mereka ini kebanyakannya ditemui berada di Bangladesh, Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand dan Malaysia. Sejak tahun 1990 hingga saat ini, kerajaan junta tentera Myanmar masih menerapkan politik diskriminasi terhadap suku-suku minoriti Muslim di Myanmar, termasuk Rohingya, Kokang dan Panthay. Pelarian Rohingya menyatakan mereka mengalami gangguan kekerasan dan diskriminasi oleh kerajaan seperti bekerja tanpa digaji dalam projek-projek kerajaan, pelanggaran hak asasi manusia untuk hidup bebas, ancaman keselamatan diri, kelompok masyarakat dan agama. Pada tahun 2012 rusuhan perkauman telah tercetus secara serius dan besar ianya melibatkan antara suku Rakhine dan Rohingya yang dicetuskan oleh satu tragedi rogol dan pembunuhan seorang gadis Rakhine oleh para pemuda yang dikatan berwajah Bengali, justeru mereka menyatakan ianya perbuatan Rohingya.

Kejadiaan ini mempunyai kaitan balas dendam bersifat etnik dan agama selepas berlakunya pembunuhan sepuluh orang pemuda Muslim dalam sebuah bas oleh orang-orang Rakhine. Pada tahun 2014, kerajaan Myanmar melarang penggunaan istilah Rohingya dan mendaftarkan orang-orang Rohingya sebagai orang Bengali dalam bancian penduduk. Seterusnya, kerajaan Myanmar melucutkan kad pengenalan penduduk etnik Rohingya yang menyebabkan mereka kehilangan kewarganegaraan dan tidak mendapat hak-hak politik. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 9 (11 - 23) 13 © 2016, ISSN 2180-2491 Etnik Rohingya dan diskriminasi Negara Myanmar Negara Burma pada 1 Januari 1886, secara rasminya menjadi sebahagian empayar British-India.Pada awal tahun 1942 hingga Mei 1945, Burma ditakluk oleh Jepun.Selepas tentera Jepun berundur dari Burma, British kembali menguasai bekas tanah jajahannya itu sekali lagi walaupun mendapat tentangan nasionalis tempatan. Pada 4 Januari 1948, Burma secara rasminya menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menurut Rila (2011), orang Rohingya ini sebenarnya memiliki persamaan samada dari segi bentuk fizikal, bahasa dan budaya sendiri dengan orang di Asia Selatan, terutamanya orang Bengali.

Selain itu, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan juga merupakan keturunan orang Arab, Parsi dan orang Pashtun.Hal ini berlaku kerana melalui sejarah lalu terdapat golongan pedagangpedagang yang berasal daripada Arab, Parsi dan Pashtun telah berhijrah ke Arakan semasa zaman pemerintahan Empayar Munghal. Berdasarkan sejarah, etnik Rohingya adalah beragama Islam disebabkan berlakunya aktiviti migrasi seperti perdagangan sejak abad ke-9 oleh pedagang Arab yang membawa masuk agama Islam ke Arakan.Rohingya merupakan susur galur daripada percampuran penduduk tempatan menerusi perkahwinan dengan penduduk Muslim dari Afghanistan, Parsi, Turki, Semenanjung Arab dan Bengal.Bahasa yang dipertuturkan dinamakan bahasa Rohingya yang mempunyai persamaan dengan bahasa Bengali yang digunakan oleh penduduk di Chittagong, sebuah wilayah di Bangladesh.

Walau bagaimanapun bahasa ini adalah campuran daripada pelbagai bahasa seperti bahasa Urdu, Hindi, Arab dan bahasa Bamar yang dipertuturkan oleh masyarakat Myanmar majoritinya. Manakala bentuk tulisannya adalah terdiri daripada huruf-huruf dalam bahasa Arab yang sama seperti masyarakat Melayu suatu ketika dahulu sebelum wujudnya tulisan rumi.Kini di wilayah Arakan terdapat dua golongan yang menjadi majoriti di sana iaitu etnik Islam Rohingya dan etnik Buddha Arakan serta terdapat kelompok minoriti lain yang mengamalkan agama masing-masing seperti Hindu, Kristian dan Animisme. Semasa era penjajahan British (1824-1948), telah berlaku aktiviti migrasi secara besar-besaran di mana British telah membawa masuk ramai buruh asing dari China dan India, tidak ketinggalan juga masyarakat di wilayah Chittagong, Bangladesh yang majoritinya beragama Islam ke Rakhine (William & Letich, 2013: 19-22). Orang Rohingya menjadi pelarian adalah disebabkan faktor perlembagaan yang sering dipinda dan faktor pemerintahan yang kerap bertukar ganti.

Bermula dengan Akta Warga Asing 1864 sehingga Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982 serta tidak mempunyai apa-apa peruntukan undangundang jelas bagi orang Rohingya. Akta Kewarganegaraan Kesatuan 1948 yang digubal oleh British, juga menidakkan hak orang Rohingya untuk menjadi sebahagian daripada warganegara Myanmar.Semenjak Myanmar diperintah oleh rejim tentera yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun 1962, ia boleh dikatakan bermulanya bibit penafian secara keras mengenai kewarganegaraan orang Rohingya di Myanmar. Ketika Myanmar di bawah pemerintahan Jeneral Ne Win sebagai ketua rejim, orang Rohingya dilabelkan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana dikatakan golongan ini telah dibawa masuk oleh penjajah British suatu ketika dahulu walaupun rekod sejarah mengatakan orang Rohingya telah menetap di Arakan seawal tahun 1430 di bawah pemerintahan Raja Arakan ketika itu iaitu Narameikhla yang mempunyai kira-kira 30,000 orang tentera Muslim (Moshe, 2002: 23-24). Pada tahun 1974 perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan junta Myanmar dan Akta Immigresen 1974 telah menafikan secara jelas hak orang Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah dan mereka dilabelkan sebagai PATI.

Kesan daripada undang-undang yang digubal oleh rejim Myanmar telah disusuli oleh operasi ‘pembersihan etnik’ secara besar-besaran yang dinamakan Naga Min atau Raja Naga tahun 1977. Operasi yang dianggap kejam ini telah memaksa orang Rohingya menjadi pelarian dan mereka secara beramai-ramai meninggalkan kampung halaman. Dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah lari ke Bangladesh pada tahun 1978. Namun begitu, mereka juga dipaksa pulang semula ke tempat asal iaitu kesan daripada perjanjian dua hala antara kerajaan Bangladesh dengan junta Myanmar. Dalam tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang telah mati majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit. Gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh seramai 250,000 orang telah berlaku pada tahun 1991 dan 1992. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 9 (11 - 23) 14 © 2016, ISSN 2180-2491.

Selepas kemerdekaan Burma, pada 4 januari 1948, terdapat 19 operasi ketenteraan di wilayah penempatan Rohingya telah dijalankan dengan alasan untuk mengawal rusuhan daripada berlaku. Tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah 19 operasi-operasi pembunuhan, pengusiran, pencerobohan masjid dan tempat ibadah, pemusnahan sumber pendapatan, dan rampasan ladang-ladang serta tempat tinggal. Antara 19 operasi ini, operasi Burma Territorial Force (BTF) adalah yang paling kejam. Kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Buddhist telah membunuh, merogol, membuat kemusnahan dan melaksanakan undang-undang sesuka hati. Akhirnya ia mengakibatkan ribuan penduduk muslim Rohingya terpaksa melarikan diri. Antara operasi lain yang tidak berperikemanusian juga adalah operasi Nagamin (King Dragon) pada tahun 1978. Dalam operasi ketenteraan ini, seramai 300,000 etnik muslim Rohingya telah dihalau keluar daripada rumah mereka dan hampir 1/3 dibunuh. Dapat dilihat operasi-operasi ketenteraan masih terus dijalankan oleh kerajaan Burma sejak tahun 1948 sehingga hari ini. Setiap tahun mereka melakukan dasar pengusiran dan penghapusan etnik terhadap etnik Rohingya, cuma apa yang membezakan keadaan dari semasa ke semasa adalah dari segi jumlah yang berhijrah dan jumlah kematian. Mereka hidup sebagai pelarian yang tidak diingini dan pendatang asing tanpa izin di negara Bangladesh, Pakistan, Arab Saudi, Thailand, Malaysia dan UAE.

Apa yang dapat simpulkan disini, walaupun dunia telah mempunyai bukti yang jelas tentang serangan dan kekejaman kerajaan junta Myanmar ke atas etnik Rohingya, namun sukar untuk memulihkan keadaan kerana Myanmar telah menolak sepenuhnya etnik Rohingya ini bukan warganegaranya dan menegaskan mereka adalah warganegara Bangladesh serta mempunyai persamaan dengan masyarakat di Chittagong. Selain itu, tindakan ketenteraan Myanmar juga turut menyebar dakyah kebencian terhadap masyarakat Islam dengan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Myanmar bahawa Rohingya adalah ‘Chittagonians’ dari Bangladesh.

Menurut Chris Lewa (2003) dalam Forum Asia, Rohingya sedang didiskriminasi atas dasar etnik dan agama mereka. Mereka tidak dimasukkan ke dalam proses pembinaan negara manakala rejim tentera telah melaksanakan dasar-dasar pengecualian dan diskriminasi bertujuan untuk menggalakkan mereka supaya meninggalkan negara Myanmar.

Dasar-dasar yang sistematik telah berjaya mengekalkan kemunduran etnik Rohingya dan meransang mereka ini menjadi pelarian besar-besaran ke Bangladesh pada tahun 1978, 1991 dan 1992.Gabungan pelanggaran hak asasi manusia, penafian status undang-undang untuk sekatan pergerakan dan kekangan ekonomi terhadap etnik Rohingya telah berjaya mewujudkan rasa tidak selamat untuk menjalani kehidupan dan mencari makanan.

Kanak-kanak Rohingya khususnya adalah mangsa yang tidak bersalah dan menderita akibat kelemahan dasar-dasar kerajaan seperti diskriminasi dalam segala aspek kehidupan dan akses contohnya tiadanya sekolah awam, penjagaan kebajikan kesihatan untuk mereka dan kemiskinan tegar.

Hal ini telah memberi kesan kepada pembangunan fizikal dan mental mereka secara berpanjangan untuk masa depan masyarakat Rohingya. Dapat dirumuskan bahawa situasi etnik Rohingya di Myanmar ini bertepatan dengan andaian yang dinyatakan oleh Amartya Sen (1999) iaitu pembangunan ekonomi tidak akan bermakna jika individu dan masyarakat tidak mendapat hak dan kebebasan dalam kehidupan seharian mereka sehingga memaksa diri menjadi mundur, tersiksa dan melarikan diri ke negara lain.

Analisis kajian menunjukkan serangan Burma di Arakan telah mengakibatkan penciptaan masalah pelarian yang kronik di rantau ini.Malah sebelum tahun 1978 pengusiran besar-besaran etnik Rohingya telah berlaku misalnya pergerakan pelarian ke Chittagong Bangladesh. Penghijrahan kontemporari juga telah membawa kepada kebangkitan Arakani iaitu penduduk asal di selatan Chittagong, Bangladesh. Antaranya ialah Chakmas (Northern Chittagong Hill), Rakhines (Bazar Cox), Marma Banderbon), Tanchainga (di tengah Chittagong Hill).







1 comment:

  1. penerangan yang jelas, khas memberi saya tahu secara mendalam tentang pelarian rohingya.terima kasih

    ReplyDelete