Monday, 12 December 2016

Hegemoni Barat terhadap Hak Asasi Manusia

Hegemoni Barat terhadap Hak Asasi Manusia

Hegemoni barat terhadap hak asasi manusia telah diterangkan oleh Zulkifli Mohamad dalam penulisannya tentang hegemoni barat dan globalisasi.


  • Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama. Deklarasi ini telah diterima oleh seluruh masyarakat dunia. Namun peruntukan-peruntukan ini semakin dicabuli kuasa-kuasa Barat.
  • Amerika Syarikat yang telah menyerang negara Afghanistan atas tiket 'peperangan melawan pengganas' telah menawan ribuan tawanan perang. Para tawanan ini ditangkap dan dihantar ke Guantanamo Bay dalam keadaan kaki dan tangan mereka dirantai besi serta muka dan kepala mereka ditutup. Di tempat tersebut mereka diseksa secara fizikal dan mental. Hak-hak sivil mereka dinafikan sama sekali. Tetapi sehingga kini masih ramai yang belum dihadap ke muka pengadilan.
  • Setelah itu, Amerika Syarikat kemudiannya bertindak Iraq atas alasan membebaskan rakyat Iraq daripada kezaliman Saddam Hussin. Namun sehingga hari ini keadaan jauh lebih teruk daripada zaman pemerintahan Saddam sendiri. Orang awam yang disyaki pengganas ditangkap beramai-ramai, diikat kaki dan tangan, dibogelkan serta turut dipenjarakan. Pendedahan demi pendedahan tentang kezaliman tentera Amerika Syarikat di penjara Abu Gharib telah dibuat tetapi kekejaman ini tidak pula dibantah dunia.
Credits to: Izzati Mohd Isa

No comments:

Post a Comment