Monday, 21 November 2016

ISU HAK POLARISASI KAUM DALAM PENDIDIKAN

PENDAHULUAN


                       Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan masyarakat yang majmuk. Hal ini wujud impak daripada zaman penjajahan British yang telah campurtangan dan membawa masuk bangsa lain seperti Cina dan India ke Tanah Melayu bagi melakukan aktiviti ekonomi seperti menjadi perniaga dan penoreh bagi meningkatkan keuntungan mereka. Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat tempatan sudah mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri iaitu sistem pendidikan bersifat tidak formal dimana mereka belajar tentang ilmu agama. 

Namun, selepas kedatangan British, sistem pendidikan di Tanah Melayu mula berubah. Sebelum Perang Dunia Ke-2, terdapat empat sistem persekolahan di zaman British iaitu sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan lebih mencerminkan unsur-unsur perkauman. Ibu-bapa menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum yang digunakan juga tidak seragam dan berbeza.

                             British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing seperti sekolah Inggeris tertumpu di kawasan bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar pelabuhan dan kawasan perlombongan manakala sekolah aliran Tamil di ladang-ladang getah. Tujuan utama pendidikan pada masa itu hanya untuk memberi pendidikan setakat pendidikan yang paling rendah dan tidak mementingkan perpaduan masyarakat. Oleh yang demikian, sistem pendidikan pada ketika itu di kenali sebagai Sekolah Vernakular.

ISU-ISU POLARISASI KAUM

                          Isu polarisasi kaum ini tidak asing lagi di Malaysia dan sering dibicarakan sama ada di alam maya mahupun media massa. Perbezaan latar belakang, budaya, agama mahupun adat resam yang terdapat dalam setiap kaum menjadi masalah dalam melaksanakan sistem pendidikan yang setara di seluruh Malaysia. Sesetengah orang mungkin bersetuju terhadap sesuatu perkara tetapi sesetengah kaum pula tidak bersetuju mungkin kerana ada sesetengah perkara yang bertentangan dengan norma hidup mereka. Demikian perkara ini boleh mencetuskan pergaduhan dan perselisihan pendapat diantara kedua-dua pihak.

                       Polarisasi kaum boleh menjadi satu penyakit yang berbahaya kepada masyarakat sekiranya masalah ini tidak dibendung. Insiden yang buruk dan negatif boleh tercetus dimana-mana sahaja sekiranya masing-masing bersikap “close minded” dan hanya pentingkan diri sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan pelbagai kaum, kita hendaklah sama-sama bersatu dalam memajukan Malaysia. Peribahasa ada mengatakan ‘melentur rebung biarlah dari rebungnya. Oleh itu, perpaduan kaum hendaklah di pupuk dari awal melalui pendidikan sejak mereka masih kecil lagi. Kanak-kanak seharusnya dibiasakan bergaul dengan kaum yang lain untuk membentuk sahsiah dan personaliti mereka agar tidak kejutan budaya dengan tidak mempunyai sebarang pemikiran negative terhadap kaum yang lain

                           Kepelbagaian kaum, cara pemikiran dan budaya yang berbeza seperti Melayu, India, Cina, Bumiputra Sabah dan Sarawak yang ada di Malaysia menjadi sebab mengapa timbulnya beberapa isu dalam melaksanakan sistem pendidikan yang setara di seluruh Malaysia.

                       Antara isu-isu polarisasi kaum di Malaysia yang pertama ialah, aliran sistem pendidikan dan sekolah-sekolah yang berbeza (sekolah vernakular) bakal melahirkan warganegara yang akan mencetus kepada ideology dan fahaman yang berbeza. Akar pemikiran daripada budaya asal akan memberi kesan dari pelbagai aspek dan menjadi lebih kukuh dan tebal sentimen perkaumannya melalui penyebaran dalam sistem pendidikan. Oleh itu, beberapa dasar pendidikan telah diperkenalkan iaitu Penyata Rahman Talib (1956), Penyata Razak (1960) dan Laporan Kabinet (1970). Kedua-dua penyata, iaitu Rahman Talib dan Razak mengemukakan sistem pendidikan ke arah membentuk pembangunan bangsa Malaysia yang selaras dengan wawasan kebangsaan.

                             Sebagai contoh, sejak perkembangan perusahan getah dari permulaan abad ke 20, pihak British memerlukan tenaga kerja yang tetap. Jadi sejak 1905, sekolah-sekolah Tamil disediakan di estet-estet agar tenaga buruh bagi estet getah terjamin. Justeru itu, pihak British mendapat tenaga kerja yang tetap dan murah. Oleh kerana sekolah Tamil pada masa itu serba kekurangan dari pelbagai segi kemudahan dan tenaga pengajar, peluang bagi kaum India yang berkerja di estet untuk mendapat pekerjaan lain amat terbatas. Pendidikan Cina juga dikuasai oleh pihak penjajah bagi tujuan memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. Dengan perkembangan ekonomi di Semenanjung Malaysia pada awal kurun ke 20, sekolah-sekolah Cina juga turut berkembang. Sekolah-sekolah Cina dipengaruhi oleh fahaman Cina yang mengagung-agungkan pendidikan dan budaya Cina tradisional.

                 Sikap memandang rendah terhadap nilai dan budaya pendidikan Melayu mendorongkan kaum lain, termasuk sebilangan elit Melayu itu sendiri menyokong kuat kewujudan institusi pendidikan swasta yang menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem dan kurikulum pendidikan yang dirangka oleh pihak British. Tambahan lagi, pendidikan selepas pra-merdeka masih dicengkam kuat oleh bibit perpecahan dan pengasingan kaum dengan wujudnya sekolah berasaskan kepada kepentingan budaya etnik dan bertunjangkan kepada negara-negara asal kaum pendatang khususnya dari Benua India dan Tanah Besar Cina. Tidak kurang pentingnya pengaruh budaya daripada Timur Tengah dan Arab juga membawa bibit perpecahan di kalangan masyarakat Melayu dengan wujudnya aliran pendidikan Arab di samping dua aliran lain iaitu Melayu dan Inggeris. Pendidikan dan setiap persekolahan masing-masing menanamkan ideologi politik dan sosial yang berbeza yang menjadikan masalah polarisasi begitu meruncing. Dengan ini, pihak pemerintah British pada masa itu telah berjaya memisahkan rakyat mengikut kaum atau etnik masing-masing. Jelaslah bahawa akibat daripada pengenalan kaum dengan peranan sosio-ekonomi pada zaman penjajahan British merupakan masalah besar di Malaysia pada masa kini dari pelbagai isu termasuklah pendidikan.

LANGKAH-LANGKAH 

              Oleh itu, langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendungnya ialah dengan cara menubuhkan sekolah jenis kebangsaan dan menghapuskan sekolah vernakular. Tambahan lagi, sekolah kebangsaan dapat menghimpunkan ramai pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya dibawah satu bumbung yang sama. Mereka juga boleh memiliki guru yang sama, mempunyai sukatan pelajaran yang sama dan menerima ilmu yang sama meskipun mereka mempunyai bangsa yang berbeza. Interaksi antara mereka juga berlaku dan mereka boleh saling belajar dan mengenali budaya sesuatu kaum yang lain. Hal ini sangat penting dan perpaduan kaum hendaklah diterapkan dalam minda dan diri anak-anak sejak bangku sekolah lagi kerana ‘anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang harus mencorakkanya daripada awal


                        Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) juga diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk kerjasama antara pelajar tanpa mengira kaum menerusi pelbagai kegiatan dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka akan bersatu dan bekerjasama bagi mengharungi cabaran bagi sesuatu aktiviti tersebut. Sesetengah kelompok juga akan bersorak dan memberi semangat untuk ahli kumpulan mereka yang lain. Contohnya, sewaktu hari sukan. Kaum Cina pasti akan menyorak untuk kaum Melayu dari rumah sukan yang sama bagi menyokong rakan mereka agar memenangani acara tersebut. Kejadian ini secara tidak langsung akan memupuk perpaduan antara mereka dan budaya saling memberi sokongan antara satu sama lain dapat diamalkan tanpa mengira kaum.

KESIMPULAN

                       Secara tuntasnya, saya akui kepelbagaian kaum memberi banyak dampak dan maslahat kepada setiap kaum. Namun, semua itu merupakan lumrah hidup di dunia ini kerana setiap yang berlaku pasti ada baik buruknya, hitam dan putihnya. Saya akui bahawa polarisasi kaum di Malaysia kian membarah dan masalah perpaduan kaum masih menjadi satu topik besar yang sering dibicarakan.

                   Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Dalam masalah ini, semua pihak hendaklah bersatu menggembleng tenaga dalam menangani isu ini kerana masalah ini melibatkan bukan satu malah semua kaum yang ada di Malaysia. Perpaduan dan keharmonian antara kaum haruslah menjadi sebahagian daripada budaya kita agar hidup kita lebih aman dan damai. Tambahan lagi, pelancong atau warga asing pasti akan melihat dan memberi pendapat yang positif tentang nilai dan budaya kita. Mereka akan bangga dengan kita kerana masih boleh hidup dalam keadaan aman dan tenteram meskipun mempunyai masyarakat yang majmuk.

                  Marilah kita berpegang pada pepatah lama yang mengatakan ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Anasir luar yang jahat dengan tujuan untuk menganggu dan mengancam keselamatan negara pasti akan dapat kita hadapi bersama-sama. Pastinya kita tidak mahu zaman penjajahan dan sejarah berdarah seperti 13 Mei dan baru-baru ini iaitu BERSIH 5.0 terulang kembali.


      




Monday, 7 November 2016

HAK DALAM MENDAPATKAN RAWATAN PERUBATAN SESAMA MANUSIA



Melalui pemerhatian dan fahaman saya berdasarkan klip video WIKILEAKS Collateral murder, apa yang saya boleh katakan ialah sebagai manusia, kita berkongsi sumber alam yang sama begitu jugalah dengan ubat-ubatan yang dihasilkan. Sebagai sesama manusia, hak rawatan perlu diberikan sama rata dimana kita patut memberikan sesiapa sahaja rawatan dengan segera sekiranya terdapat kecederaan without considering which state you are from. Contohnya dalam klip tersebut, terdapat 2 kanak-kanak Iraq yang tercedera. Walaupun askar US berpendapat mereka harus dibawa ke pusat perubatan US dengan segera namun pegawai tertinggi mereka tetap memberi arahan agar mereka di hantar ke Medical Center di Iraq. 


Reuters juga menggunakan haknya sebagai seorang manusia dan seorang majikan kepada Saeed dan Namir melalui akta kebebasan dalam mencari maklumat seperti yang termaktub dalam undang-undang negara untuk mencari tahu dan bukti berkenaan kejadian tersebut.


If anyone have some opinions or any ideas dari segi kebebasan maklumat, kepalsuan maklumat, undang2 peperangan, hak rawatan, kebebasan media,  mangsa peperangan, perang vs hakam, atau lain-lain yg difikirkan sesuai, you may drop it under the comment box below.

-Thank You









Tuesday, 1 November 2016

What Is SECULAR HUMANISM?

Hello! Welcome to the first day of November 2016...!! 
I hope everyone is doing fine ^^





Pada 19 oct 2016 yang lepas, pelajar-pelajar kursus citra Hak Asasi Manusia (HAKAM) belajar tentang SEKULAR HUMANISM.

Based on wikipedia, it is 

The philosophy or life stance of secular humanism (alternatively known by some adherents as Humanism, specifically with a capital H to distinguish it from other forms of humanism) embraces human reasonethicssocial justice, and philosophical naturalism while specifically rejecting religious dogmasupernaturalismpseudoscience, and superstition as the bases of morality and decision making.

And.. for you guys information here is the worldwide logo for Secular Humanism 



and they even establish a council for this belief..





Well thats it for today's topic. At least you guys have some basic 'knowledge' regarding this secular humanism. I'm going to post more soon! Do drop me a comment if there is anything you guys curious about.

See Ya! Thank You :)